Kursus Menternak Belut Dan Lintah
Salam Sejahtera.
Sekian lama saya tidak dapat menulis kerana terdapat beberapa masalah pada server.
Untuk makluman pembaca, baru-baru ini saya telah dijemput oleh syarikat Alam Lintah Serumpun dari Kempas ke kursus anjuran mereka. Pemilik syarikat yang lebih gemar dikenali dengan nama Dr. Rusli, pakar penternakan belut dan lintah menjemput saya sebagai penceramah. Dalam kursus ini saya diminta menerangkan potensi pasaran belut di negara kita.
Sepanjang kursus ini saya dapati bahawa terdapat beberapa fakta yang amat menarik perhatian saya dimana ia telah memberi jawapan kepada saya tentang kaedah penternakan belut serta teknik pembenihan belut yang sesuai. Kita sebenarnya mampu untuk membiakkan belut. Namun demikian, tekniknya masih dirahsiakan berikutan ujian demi ujian sedang dilakukan untuk meningkatkan kuantiti benih tersebut.
Sepanjang pengalaman saya dalam perniagaan ikan air tawar, ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan seorang doktor belut yang mampu membiakkan belut. Sebelum ini, walaupun saya telah berjumpa dengan banyak penternak ikan air tawar, masih belum mendapat bukti atau fakta yang menyatakan belut boleh dibiakkan melalui kaedah-kaedah tertentu.
Selain dari itu, saya dapati dalam kursus ini, teknik menternak lintah juga berbeza dengan apa yang saya fahami. Walaupun bidang menternak lintah adalah diluar zon perniagaan saya, namun demikian sedikit sebanyak saya tertarik dengan teknik pembiakkan yang dilakukan oleh beliau. Untuk makluman pembaca, beliau menternak lintah hanya dengan menggunakan akuarium. Secara keseluruhannya, teknik yang diperkenalkan oleh beliau hanya memerlukan modal yang kecil seminima RM500.00, tetapi hasil yang lumayan.
Beliau juga mempunyai beberapa rahsia dimana hanya setiap peserta kursus yang menghadirinya bakal menemui teknik penternakan lintah yang paling berkesan.
Apa yang paling penting dalam kursus tersebut, kami telah berjaya menubuhkan satu persatuan yang diberi nama Persatuan Penternak Lintah Dan Belut Johor. Persatuan ini bakal memainkan peranan sebagai persatuan pertama yang ditubuhkan berkaitan dengan lintah dan belut. Antara modes operandi persatuan adalah mengumpulkan sebanyak mungkin penternak lintah dan belut diseluruh negara. Persatuan ini dipengerusikan oleh pegawai dari Fama negeri Johor.
Berikutan dengan adanya persatuan ini, saya amat berharap mana-mana pihak yang mempunyai masalah dengan ternakan belut dan lintah untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh Dr. Rusli. Saya menyeru kepada pembaca yang berminat supaya mengambil langkah segera mengikuti kursus ini kerana tempat yang disediakan amatlah terhad.
Untuk keterangan lanjut mengenai kursus yang dianjurkan, pembaca boleh terus menghubungi saya di talian 017-5135380.
Segala persoalan pembaca mengenai belut dan lintah akan terjawab. Pembaca juga akan didedahkan dengan pembohongan-pembohongan penganjur-penganjur kursus yang lain dalam kaedah menternak reptilia ini.
Sekian, terima kasih.
Roshidi Bin Ahmad Ismail
Pengarah Urusan.











Comments(1)

